Tuesday, September 15, 2009
DIRI SENDIRI
Sebenarnya dalam hidup ini diri sendiri yang penting. Apa-apa mesti berkaitan dengan diri sendiri dulu barulah orang lain. Tanpa diri sendir macam mana nak berhubung dengan orang lain. Jadi terbuktilah yang diri sendiri itu lagi penting dari orang lain. Takkanlah kita nak berhubung dengan orang lain melalui diri orang lain. Itu dah jadi macam hantu, menggunakan orang lain untuk diri sendiri.
MUSIK
Musik memang perlu untu hidup. Tanpa musik hidup kita akan membosankan. Tapi janganlah kita hidup untuk musik, itu kira berdosa. Hidup kita ini hanyalah untuk beribadah kepada tuhan yang esa. Tidur dan makan hanya keperluan, bukan matlamat. Keluarga juga adalah keperluan, bukan matlamat. Matlamat kita hanyalah beribadah kepada Allah. Tidak kira sama ada solat ,puasa, haji, dan lain-lain tapi kita perlu ingatkan diri kita yang dunia ini bukan matlamat utama, cuma alat untuk mencapai kejayaan di akhirat iaitu untuk sampai ke akhirat. Tanpa dunia belum tentu kita dapat capai akhirat kita. Jadi dunia pun perlu juga. Dunia seperti sebuah kenderaan atau jambatan ke syurga. Kita perlu membaikinya setiap masa supaya jambatan itu tidak rosak dan kereta itu akan dapat kita naiki sehingga sampai ke destinasi yang terakhir. Disamping itu sepanjang perjalanan itu kita perlukan bekalan makanan supaya kita tidak penat dan lapar sepanjang perjalanan. Kita perlu juga singgah di kedai atau pasar raya yang ada di tepi jambatan tersebut. Kita perlu mengisi petrol. Kita juga perlu bekerja sampingan yang ada di sepanjang perjalanan tersebut. Duit kecemasan juga perlu ada. Kita juga perlu membawa kawan-kawan atau saudara -mara kita di sepanjang perjalanan itu supaya semuanya sama-sama dapat menamatkan perjalanan yang memenatkan itu.
NAMA
Walau sejahat manapun kita, kita hendaklah memastikan nama kita sentiasa bersih daripada fitnah dan angkara orang yang dengki dengan kebaikan dan kesopanan yang kita ada. Elakkan bergaul dengan perempuan sebab perempuan boleh menyebabkan nama kita busuk. Perempuan suka mempergunakan lelaki dan suka membusuk-busukkan nama lelaki. Jadi berhati-hatilah dengan mereka. Perempuan hanya nak duit sahaja dari lelaki. Sebab yang lain hanya alasan mereka untuk menutup sifat mereka yang materialistik itu.
Dalam hidup ini, lelaki hanya perlu menjaga nama mereka. Tengok seperti Nabi Yusof yang dipenjarakan hanya sebab fitnah dari seorang perempuan.
Nasihat saya berhati-hati dengan perempuan. Tengoklah Nabi Adam di halau dari syurga pun sebab perempuan. Sebab nafsu perempuan tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.
Dalam hidup ini, lelaki hanya perlu menjaga nama mereka. Tengok seperti Nabi Yusof yang dipenjarakan hanya sebab fitnah dari seorang perempuan.
Nasihat saya berhati-hati dengan perempuan. Tengoklah Nabi Adam di halau dari syurga pun sebab perempuan. Sebab nafsu perempuan tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.
DUIT
Dalam dunia ini siapalah yang tidak mahu duit. Saya rasa semua orang hendak duit. Saya sendiripun hendak duit sebab hendak membayar bil internet. Tapi di mana saya nak dapatkan duit itu. Itu satu persoalan yang amat penting. Jadi di situlah mulanya kita menggunakan otak kita yang tidak pernah kita gunakan ini. Tapi kita jangan menipu. Menipu membuatkan duit tidak akan datang pada kita. Saya paling tidak suka orang yang menipu sebab sudah banyak kali saya di tipu oleh si penipu-penipu yang suka mempermainkan orang yang baik hati dan jujur macam saya ini. Jujur dan baik hati juga mestilah bertempat sebab kita tidak mahu orang yang suka mempermainkan orang-orang yang lemah seperti kita ini. Jangan terlampau asyik nak menolong orang. Lepaskan diri kita dari masalah dulu sebelum kita tolong orang lain. Walaupun adik-beradik kita sendiri ataupun emak kita sebab kalau kita susah, kita akan menyusahkan mereka. Siapa yang akan tolong mereka. Jadi tolong diri sendiri dulu barulah tolong emak dan adik beradik kita yang lain. Bila kita senang, kita akan menyenangkan mereka.
KERETA
Sebenarnya kereta cuma satu alat untuk kita mencapai matlamat kita. Ia tidak lebih dari itu. Kita perlukan kereta untuk ke pejabat pos, untuk ke hospital, untuk pergi ke pejabat, untuk jumpa pelanggan, untuk urusan perniagaan, untuk balik hari raya, untuk pergi jumpa Tok Kadi, untuk pergi masjid, untuk memerintah negara, untuk memimpin syarikat, untuk membantu keluarga, untuk pergi ke bank, untuk beli makanan, untuk berkahwin, untuk membeli baju baru, untuk bayar bil internet, untuk bayar bil elektrik, untuk bawa isteri bersiar-siar, untuk menziarahi perkuburan dan untuk menguasai dunia kita. Untuk berjaya kita perlukan kereta. Tapi untuk ada kereta kita perlu ada duit. Untuk ada duit kita perlu bekerja. Untuk bekerja kita perlu buat resume. Untuk buat resume kita perlu komputer. Untuk ada komputer kita perlu beli di kedai. Untuk pergi kedai kita perlu kereta. Untuk ada kereta kita perlu ada duit. Semua ini akan berputar dan berputar sampailah hari kiamat. Kita perlukan semua benda sebenarnya untuk terus hidup. benda itu ialah keperluan hidup kita. Bukan apa yang kita hendak. Tapi apa yang perlu ada dalam diri kita dan kehidupan kita untuk terus menyabung nyawa sehinggalah hari kematian kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Walaupun benda itu ialah habuk sekalipun. Sebab dengan habuklah kita bangun dari tempat duduk kita untuk membersihkannya. Maknanya dengan sebab habuklah kita memulakan hidup kita setiap hari. Jadi rajin-rajinkanlah mengemas rumah dan membersihkan habuk di bilik kita. Semoga rezeki kita bertambah setiap hari.
MASA
Dalam hidup kita sebenarnya masa adalah sesuatu yang paling bernilai. Sesiapa yang dapat memanfaatkan masa peribadi mereka sebenarnya adalah seorang yang sangat kaya di dunia ini juga di akhirat. Bukan senang hendak mengendalikan masa yang sedikit ini untuk mendapatkan sesuatu yang banyak, berkualiti dan penting dalam hidup kita. Cuba bayangkan macam mana nak membayar bil internet dalam tempoh 24 jam ini, nak berbuka puasa dengan apa dalam tempoh 24 jam ini, nak pakai pakaian apa raya nanti dalam tempoh 24 jam ini, nak balik kampung naik kereta apa dalam tempoh 24 jam ini, nak kahwin dengan siapa, bila, dengan apa, bagaimana dalam tempoh 24 jam ini, tempoh yang amat singkat untuk mendapatkan segalanya dalam hidup. Sebenarnya yang hanya kita perlukan ialah kebijaksanaan, ilmu (knowledge), amalan (aktiviti harian atau kerja atau hobi atau minat atau kemahiran), matlamat (apa yang kita mahukan dalam hidup), apa [peralatan (tools) yang akan membantu kita], siapa (orang yang akan membantu kita mencapai impian kita), kenderaan (dengan apa), di mana [tempat (di rumah ke atau di pejabat)], bagaimana (cara untuk mencapai kejayaan itu), dan lain-lain lagi. Saya hanya dapat bagi sedikit sahaja buat masa ini dan yang seterusnya andalah yang menentukan cara untuk anda mencapai apa yang anda belum capai itu.
Monday, September 14, 2009
DRUMMER
Hari ini aku buka lagi satu blog bernama DRUMMER. Blog ini bertujuan untuk sama-sama memajukan industri MUSIK tanah air kita Malaysia yang tidak begitu hebat seperti Industri Musik di negara luar seperti Amerika. Kualiti MUSIK kita juga perlu dipertingkatkan dan saluran khas untuk pemusik-pemusik Malaysia bekarya juga perlu di adakan. Ini semua termasuklah musik-musik independant ataupun underground. Musik juga adalah satu ruang yang sesuai untuk anak muda kita menghabiskan masa supaya tidak terjebak dengan gejala-gejala yang tidak baik atau yang membuang masa.
Saturday, September 12, 2009
BLOG BARU
AKU SEKARANG DAH BUKA BLOG BARU... please come to my blog url: http;//sites.google.com/site/MYSTUDIOFACTORY
Sunday, September 6, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)