Tuesday, September 15, 2009
MUSIK
Musik memang perlu untu hidup. Tanpa musik hidup kita akan membosankan. Tapi janganlah kita hidup untuk musik, itu kira berdosa. Hidup kita ini hanyalah untuk beribadah kepada tuhan yang esa. Tidur dan makan hanya keperluan, bukan matlamat. Keluarga juga adalah keperluan, bukan matlamat. Matlamat kita hanyalah beribadah kepada Allah. Tidak kira sama ada solat ,puasa, haji, dan lain-lain tapi kita perlu ingatkan diri kita yang dunia ini bukan matlamat utama, cuma alat untuk mencapai kejayaan di akhirat iaitu untuk sampai ke akhirat. Tanpa dunia belum tentu kita dapat capai akhirat kita. Jadi dunia pun perlu juga. Dunia seperti sebuah kenderaan atau jambatan ke syurga. Kita perlu membaikinya setiap masa supaya jambatan itu tidak rosak dan kereta itu akan dapat kita naiki sehingga sampai ke destinasi yang terakhir. Disamping itu sepanjang perjalanan itu kita perlukan bekalan makanan supaya kita tidak penat dan lapar sepanjang perjalanan. Kita perlu juga singgah di kedai atau pasar raya yang ada di tepi jambatan tersebut. Kita perlu mengisi petrol. Kita juga perlu bekerja sampingan yang ada di sepanjang perjalanan tersebut. Duit kecemasan juga perlu ada. Kita juga perlu membawa kawan-kawan atau saudara -mara kita di sepanjang perjalanan itu supaya semuanya sama-sama dapat menamatkan perjalanan yang memenatkan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment