Tuesday, September 15, 2009

MASA

Dalam hidup kita sebenarnya masa adalah sesuatu yang paling bernilai. Sesiapa yang dapat memanfaatkan masa peribadi mereka sebenarnya adalah seorang yang sangat kaya di dunia ini juga di akhirat. Bukan senang hendak mengendalikan masa yang sedikit ini untuk mendapatkan sesuatu yang banyak, berkualiti dan penting dalam hidup kita. Cuba bayangkan macam mana nak membayar bil internet dalam tempoh 24 jam ini, nak berbuka puasa dengan apa dalam tempoh 24 jam ini, nak pakai pakaian apa raya nanti dalam tempoh 24 jam ini, nak balik kampung naik kereta apa dalam tempoh 24 jam ini, nak kahwin dengan siapa, bila, dengan apa, bagaimana dalam tempoh 24 jam ini, tempoh yang amat singkat untuk mendapatkan segalanya dalam hidup. Sebenarnya yang hanya kita perlukan ialah kebijaksanaan, ilmu (knowledge), amalan (aktiviti harian atau kerja atau hobi atau minat atau kemahiran), matlamat (apa yang kita mahukan dalam hidup), apa [peralatan (tools) yang akan membantu kita], siapa (orang yang akan membantu kita mencapai impian kita), kenderaan (dengan apa), di mana [tempat (di rumah ke atau di pejabat)], bagaimana (cara untuk mencapai kejayaan itu), dan lain-lain lagi. Saya hanya dapat bagi sedikit sahaja buat masa ini dan yang seterusnya andalah yang menentukan cara untuk anda mencapai apa yang anda belum capai itu.

No comments:

Post a Comment