Tuesday, September 15, 2009
KERETA
Sebenarnya kereta cuma satu alat untuk kita mencapai matlamat kita. Ia tidak lebih dari itu. Kita perlukan kereta untuk ke pejabat pos, untuk ke hospital, untuk pergi ke pejabat, untuk jumpa pelanggan, untuk urusan perniagaan, untuk balik hari raya, untuk pergi jumpa Tok Kadi, untuk pergi masjid, untuk memerintah negara, untuk memimpin syarikat, untuk membantu keluarga, untuk pergi ke bank, untuk beli makanan, untuk berkahwin, untuk membeli baju baru, untuk bayar bil internet, untuk bayar bil elektrik, untuk bawa isteri bersiar-siar, untuk menziarahi perkuburan dan untuk menguasai dunia kita. Untuk berjaya kita perlukan kereta. Tapi untuk ada kereta kita perlu ada duit. Untuk ada duit kita perlu bekerja. Untuk bekerja kita perlu buat resume. Untuk buat resume kita perlu komputer. Untuk ada komputer kita perlu beli di kedai. Untuk pergi kedai kita perlu kereta. Untuk ada kereta kita perlu ada duit. Semua ini akan berputar dan berputar sampailah hari kiamat. Kita perlukan semua benda sebenarnya untuk terus hidup. benda itu ialah keperluan hidup kita. Bukan apa yang kita hendak. Tapi apa yang perlu ada dalam diri kita dan kehidupan kita untuk terus menyabung nyawa sehinggalah hari kematian kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Walaupun benda itu ialah habuk sekalipun. Sebab dengan habuklah kita bangun dari tempat duduk kita untuk membersihkannya. Maknanya dengan sebab habuklah kita memulakan hidup kita setiap hari. Jadi rajin-rajinkanlah mengemas rumah dan membersihkan habuk di bilik kita. Semoga rezeki kita bertambah setiap hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment